header-photo

TABARRUJ

2010-12-22


Anda pernah dengar tentang tabarruj?

Apa itu tabarruj?

Tabarruj bererti wanita menunjuk2 dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki. Pelakuan ini juga dengan bertujuan untuk merangsang keinginan mereka.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 33

ولاتبرجن تبرج الجاهلية الاولى

Pada zaman jahiliah, wanita akan membuka niqabnya hingga mendedahkan muka mereka, kecantikan mahupun perhiasan mereka yang lawa2. Namun begitu, Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliah kerana wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka mereka dan memperagakan kecantikannya tetapi lebih dari itu. Tabarruj hari ini adalah dengan mendedahkan separuh tubuh mereka ,malah lebih.

Tahukah kita apakah jenis2 tabarruj yang di haramkan???

Tabarruj yang diharamkan termasuklah:

Ø tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami

Ø mendedahkan muka dengan tujuan merangsang keinginan dan syahwat lelaki

Ø bersolek dan berhias yang melampau

Ø menggunakan alat-alat solek/mekup

Ø mempercantik bibir, alis dan pipi.(mempercantik raut muka)

Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian

Pada dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki, menutup aurat. Ada beberapa garis panduan yang perlu di ikuti oleh seorang wanita yang mengaku dirinya seorang muslimah. Berikut adalah beberapa ciri pakaian syarie seorang wanita islam:


· pakaian mestilah melitupi tubuh wanita terbabit

· pakaian itu mestilah longgar

· tidak nipis

· bukan pakaian untuk bermegah

· tidak ada unsur memperagakan

· tidak menyamai pakaian lelaki.

Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira pakaian tabarruj. Berpakaian kemas, semat dan ceria bukan tabarruj. Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri. Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita sama ada pakaian yang dipakai atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri. Dikira sebagai perhiasan juga membersihkan diri dari semua aspek. Dari aspek perubatan, kita di galakkan untuk sentiasa membersihkan diri agar diri kita terhindar dari penyakit. Dikira sebagai membersihkan badan ialah membersihkan sesuatu yang fitrah seperti:

v mencabut bulu ketiak

v mengandam misai

v berkhatan

v memotong kuku

Maka ada pula yang bertanya, bagaimana pula dengan hukum berhias? Adakah Islam melarang ummatnya dari berhias? Adakah orang Islam tidak boleh tampil kemas?

Sahabat2..

Hukum berhias adalah harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah dinaskan haram, seperti emas bagi lelaki.

Hukum berhias adalah sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan isteri yang suaminya berada jauh. Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah tabarruj. Termasuk ke dalam istilah berhias dan tabarruj ialah bersolek yang melampau dan yang hinggakan telah merubah sifat semula jadi insan tersebut. Antara perbuatan2 yang di tegah termasuklah:

§ mencabut atau dengan apa cara menghilangkan bulu muka, ia dibolehkan bagi yang berkahwin untuk suami.

§ mencabut atau membentuk alis, ia dibolehkan jika keadaannya hodoh dipandang

§ memerahkan muka, ia boleh bagi yang berkahwin untuk suami

§ dll seperti rambut palsu, wangian melampau, celak berlebihan……

Secara umum berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai tabarruj.

Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj


Semoga kita semua mendapat input dan manfaat dari entry ini. Barokallah..


Sumber dari Prof. Madya Dr.Anisah

HAMKA

0 comments:

Post a Comment