Hari ni kelas saya habis awal because lab Pharmacology cancel and dibawa ke hari Khamis. So, lepas kelas je saya dan ahli2 beit ke pasar raya nak beli barangan dapur. Seronok hari ni kami masak tomyam. Hehe.. Alhamdulillah, sumenya menjadi dan sedap.
Kembali ke meja study sesampainya di rumah, roommate saya menghulurkan sebuah buku yang dia pinjam dari kawannya. Buku berjudul Fiqah Berinteraksi dengan Non- Muslim karya Mohammad Nidzam Abd. Kadir merupakan sebuah buku fiqah yang santai, membicarakan masalah hukum yang melibatkan non- muslim. Setelah membelek beberapa helai mukasurat, saya rasa buku ni banyak info yang boleh di kongsikan dengan pembaca2 sekalian.
Besides, salah satu sebab saya tertarik dengan buku ini is because of dalam kelas saya sendiri, hampir 2/5 merupakan pelajar2 non- muslim. So, kadang2 saya dan sahabat2 muslim yang lain ada membicarakan tentang agama dan kepercayaan dengan mereka. So that’s why buku ni amat menarik hati saya ntuk membacanya.
Sedang saya belek2 buku ni, mata terpaku pada satu bab yang bagi saya menarik hati saya; Fiqh Perubatan. Boleh di katakana, apa2 sahaja yg melibatkan perubatan merupakan minat saya. So, hari ni saya nak kongsikan 1 topik yang di bahaskan dalam buku ini, yang membicarakan tentang Fiqh Perubatan dalam rawatan.
PERBAHASAN I: DOKTOR NON-MUSLIM MERAWAT PESAKIT MUSLIM
Ramai yang tidak tahu bahawa aurat lelaki muslim dengan lelaki non- muslim adalah sama seperti aurat lelaki dengan perempuan. Dalam agama Islam, tiada sebarang nas yang menegah seorang doktor yang beragama Islam dari merawat orang yang bukan Islam. Namun begitu, ada beberapa keadaan yang perlu kita beri perhatian. Menjaga aurat juga tidak pernah diketepikan dan tidak di pandang mudah walaupun dengan alasan peubatan.
Misalnya, seorang muslimah hendaklah mendapatkan rawatan daripada seorang doktor muslimah yang lain. Jika tiada doktor muslimah atau doktor yang ada kurang kepakarannya dalam hal sakit wanita tadi, dia harus mencari doktor perempuan non- muslim. Jika hanya doktor wanita tidak ada, barulah dia dibenarkan seorang muslimah mendapatkan rawatan daripada doktor muslim. Lastly, bila tiada juga doktor muslim, harus baginya mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki non- muslim.
a muslimah doctor wearing hijab
Beberapa perkara perlu di perhatikan dan langkah berjaga2 haruslah diambil; baik di pihak pesakit mahupun doktor tersebut. Pesakit muslimah wajib memastikan dia ditemani oleh wanita lain atau lelaki muhrim ketika mendapatkan rawatan daripada mana- mana doktor lelaki( muslim atau non- muslim). Doktor muslim juga wajib memastikan ada jururawat perempuan yang menemaninya ketika memeriksa pesakit perempuan yang bersendirian. Langkah2 ini bukanlah bertujuan untuk menyusahkan pesakit, tetapi lebih kepada mengelakkan fitnah antara doktor dan pesakit itu.
Dengan pengetahuan ini, di harapkan kita boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita., InsyaAllah..Kepada teman2 di jurusan perubatan, semoga kita menjadi doktor muslim yang beriman dan bertaqwa kepadanya..amin :D
Inilah perbahasan pertama dalam buku ini berkaitan fiqh perubatan. InsyaAllah akan datang perbahasan2 lain yang akan saya huraikan di sini, dalam post2 yang akan datang.
P/S: Novel WAJIB BACA pelajar2 perubatan..hehe